Tuesday 7 June 2011

ALAMI HAID SELAMA 24 HARI

Soalan:

Pada bulan lalu,saya mengalami haid yang lama iaitu selama 24 hari yang mana pada hari tiga terakhir haid keluar dengan kadar yang banyak sehingga saya perlu menukar tuala wanita setiap 2 jam sekali,kemudian ia berhenti..

Bulan ini haid saya datang seperti biasa iaitu selama 8 hari sahaja..Namun selepas 18 hari daripada haid pertama,darah keluar dalam kadar sedikit yang berlarutan selama 5 hari..Saya amat bingung dengan keadaan tubuh saya ini..Untuk pengetahuan,selepas haid yang panjang iaitu 24 hari,saya sudah berjumpa dengan doktor namun doktor hanya memberikan saya antibiotik (Flagyl dan Levofloxacin)..Saya melakukan pemeriksaan imbasan rahim dan hanya mendapati ruang rahim saya berangin..Doktor meminta saya datang keesokan harinya untuk melakukan ‘flush’ pada saluran fallopio (untuk menyah bakteria atau halangan yang mungkin menyekat pergerakan sperma kedalam rahim) namun doktor tidak menyatakan sebab saya didatangi haid dalam tempoh yang terlalu lama..

Saya sudah berkahwin selama 2 tahun namun belum dikurniakan cahaya mata..Alhamdulillah suami saya subur keranan sudah memiliki 2 cahaya mata melalui perkahwinan sebelumnya..Kini kami berusaha untuk mendapatkan cahaya mata..Namun adakah masalah haid ini mengganggu usaha saya?..berat badan saya 65 kilogram dengan ketinggian 155 sentimeter..Adakah keadaan fizikal saya juga menyebabkan haid saya terganggu?


                                                                                                                                    Cik Zai,Shah Alam

Jawapan:

Apabila wanita datang dengan masalah haid,kemungkinan kehamilan atau keguguran perlu diselidiki..Sukar untuk memahami bagaimana haid yang terlalu banyak sedemikian (setiap 2 jam terpaksa menukar tuala wanita) tiba-tiba terus terhenti atau kering keesokan harinya..Begitu juga dengan istilah ruang rahim berangin,istilah yang saya dengar buat pertama kalinya..Saya juga tidak pasti dengan tujuan membersihkan tiub fallopio secara ‘flushing’ kerana jika benar ia disebabkan jangkitan bakteria,kuman ini akan terus ditolak lebih jauh kedalam sehingga ke ruang dalam pelvis serta organ abdomino-pelvis yang lain dan menyebabkan jangkitan PID lebih dalam pula..

Prosedur ‘flushing’ juga bukan bertujuan serta tidak dijamin dapat membersihkan iub fallopio tetapi ia dilakukan untuk menilai sama ada terdapat penyumbatan atau sekatan pada laluan ruang tiub terbabit..Cuma secara tidak langsung,ia diharapkan dapat memutuskan atau membuka skeatan atau jaringan perlekatan halus atau kecil didalam ruang tiub itu..Anda juga dinasihatkan berusaha mencapai berat badan ideal diantara 46 hingga 59.8 kilogram kerana berlebihan berat badan juga boleh menganggu ovulasi ( pengeluaran telur) yang kemudiannya memberikan gangguan haid..

Dulu,kajian mendapati obes (apabila berat anda melebihi 72 kilogram iaitu BMI melebihi 29.9kg/m2) menganggu kesuburan tetapi kajian lebih terkini mendapati berlebihan berat badan (BMI 25-29.9kg/m2) juga boleh mengganggu ovulasi..Pada masa sama anda mungkin ingin mendapatkan rawatan doktor pakar kesuburan berhampiran sebelum dibebani lebih tekanan akibat kegagalan hamil keranan tekanan juga boleh memberikan gangguan ovulasi..

                                                                                                   

4 comments: