Saturday 13 August 2011

RAMADAN SERIBU KHASIAT

     Lama rasanya saya tidak mengemaskini blog Pelamin Syurga ini..Sudah agak dipenuhi dengan sawang lelabah..hahaha..Menulis blog bukan hanya perlu berbekalkan minat tetapi penuh dengan pancarobanya lebih-lebih lagi apabila kita akan sedikit berputus asa degan apa yang terjadi pada diri kita..Tapi itu bukanlah penghalang yang perlu diambil pusing..

     Apa khabar semua?..Moga datangnya Ramadhan tahun ini akan memberikan kita lebih makna..Sekali lagi dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana  dapat sama-sama menyambut kedatangan Ramadhan  bersama orang orang yang tersayang ,sanak saudara dan sahabat handai..Bagi saya Ramadhan kali ini disambut dengan penuh sederhana kerana ibu saya baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan rakan seperjuangan saya pula telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya yang mengerikan..Al-Fatihah buat saudara Abd. Shahreer bersama anaknya yang berumur 2 tahun..

     Ramadhan sering mengundang rasa sendu dan pilu dihati kita semua..Malahan berpuasa bersendirian seperti saya dirantauan biarpun bukanlah satu pengalaman baru namun tetap mengundang rasa pilu dihati..Walaupun berpuluh-puluh gerai menjual juadah atau lebih dikenali sebagai bazar Ramadhan tetapi tetap tidak dapat menandingi masakan emak dikampung..Gulai lemak,kari,sambal tumis dan cucur udang tidak pernah sesedap di kampung..hihihi..

     Waktu yang paling kita nanti-nantikan sudah pasti ialah hari-hari terakhir dibulan Ramadhan (walaupun sesetengah individu akan menangisi pemergian ramadhan kerana ianya bulan seribu rahmat)..Tidak sabar rasanya menunggu saat-saat untuk kembali ke kampung halaman..Walaupun adakalanya banyak lagi kerja yang belum siap namun untuk bercuti semuanya sanggup dilakukan..Walaupun keletihan bermaharajalela namun ini semua menguji keimanan individu..

     Dibulan Ramadhan juga setiap hari pasti berkira-kira dimana mahu berbuka..Sebagai orang bujang,gerai makanan yang sedia ada pasti menjadi pilihan ramai tetapi saya lebih memilih berbuka seorang diri dirumah sambil menonton televisyen..hihihi..Di Kuala Lumpur atau dimana-mana kini,telah muncul satu trend bagi pelajar-pelajar..Mereka lebih gemar berbuka puasa di Masjid..Kita bukan sahaja dapat berbuka tanpa mengeluarkan belanja malah juga lebih berkat kerana selepas berbuka,kita boleh terus berjemaah..Berjimat sambil beribadat..

     Dalam kira-kira saya,kita akan menyambut Aidilfitri dalam kurang dari 3 minggu lagi..Beraya berjauhan dari keluarga terutamanya dikancah peperangan sangatlah memilukan hati dan cukup menyeksakan..Tidak dapat mencium tangan ibu-bapa di pagi raya,apatah lagi jika mendengar takbir raya dan cuma bertemankan rakan-rakan sudah cukup memilukan..Begitu juga dengan mualaf yang pertama kali berhari raya sebagai seorang muslim..Bayangkan bagaimana pengalaman mereka berpuasa dan berhari raya..Semua itu memberikan keinsafan buat kita semua yang telah sedia bergelar seorang muslim sejak dilahirkan ke muka bumi ini..

     Malahan bagi kita semua yang senang lenang dibumi bertuah ini,cuba bayangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh mereka yang hidupnya dikancah peperangan?..Sudahlah makanan tidak cukup,hidup pula senantiasa dalam kebimbangan..Jadi dibulan yang serba mulia ini,kita seharusnya tidak mengamalkan pembaziran..Ini kerana sememangnya kita akan diduga terutamanya dari segi nafsu dan keinginan kita untuk membeli itu dan ini..Tiada lagi alasan kerana hasutan syaitan ya?..Hihihi..kerana seperti yang anda sedia tahu,syaitan dirantai oleh Allah dibulan Ramadhan..Bulan yang saya senang sekali berjalan seorang diri diwaktu malam..Kerana perasaan takut itu langsung tiada..Hahahaha....

     Sayang rasanya membazir terutamanya makanan dan langkah yang paling terbaik ialah sentiasa mengingati akan rakan kita yang terpaksa berlapar berhari-hari dan ada juga yang sedang kebuluran disaat kita sedang menjamah makanan dan minuman yang enak lagi lazat..

2 comments: