Wednesday 8 June 2011

CINTA 'TEST MARKET'


Apa itu cinta bagi diri anda?..Adakah sebuah perhubungan jangka pendek atau sebuah perhubungan yang anda mahu ianya kekal hingga ke akhir hayat anda?..Setiap manusia dari mana sekalipun ia datang pasti menginginkan keadaan dimana,mahukan rasa dicintai dan mencintai..Sebutlah siapa pun malah pasangan yang songsang,pasti ada keinginannya mahukan perasaan ini..Saya juga begitu..

Untuk pengetahuan semua,cinta ‘test market’ lebih kepada si dia yang ingin menduga sejauh mana nilai dan pasaran dirinya sendiri dimata seorang perempuan atau lelaki..Tetapi kebanyakan yang terjadi kejadian seperti ini adalah melibatkan jika anda bercinta dengan suami orang atau isteri orang..Pada awalan perkenalan sebenarnya si dia hanya ingin menguji pasaran dirinya tetapi tidak disangka yang anda pula benar-benar terpikat..Siapa pula yang tidak mahu menolak tuah bukan?..Bagi anda semua, diharap memberi perhatian kepada dengan siapa anda bercinta..

Kenapa saya mengatakan yang cinta ‘test market’ ini lebih kepada  golongan yang telah berkahwin?..Kerana semua ini disebabkan oleh statusnya sendiri..Pada pendapat saya,jarang sekali golongan yang masih bujang akan menggunakan cinta ‘test market’ ini kerana perkataan ‘bujang’ itu sendiri nilainya terlalu besar dan jika sekalipun ianya bagai berkait rapat dengan ‘test market’,ia hanyalah satu rantaian kehidupan yang mana kebanyakan dari manusia ingin mencari pasangan yang sesuai dengan dirinya..Bukan hanya sekadar sesuai malah sangat sesuai..Oleh itu dimasa zaman bujang ini,bercinta dan berpisah itu adalah sesuatu yang lumrah..



Berbalik kepada cinta test market suami/isteri orang ini,saya hanya ingin bertanyakan satu soalan kepada anda semua yang mana mampukah anda menyintai mereka yang tergolong didalam golongan ini (yang telah berkahwin)?..Jika sekalipun anda sanggup untuk menyintai diri mereka ini tetapi adakah anda sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki/wanita  yang tidak jujur dan tidak hormat pada isteri/suaminya?..Ada perumpamaan mengatakan,menyintai itu sememangnya mudah tetapi untuk setia itu adalah sesuatu yang sangat sukar..Oleh itu,jika si dia berani memperlakukan yakni menduakan pasangannya,tidak mustahil pada suatu hari kelak si dia akan melakukan perkara yang sama keatas diri kamu..Sila ambil perhatian perkataan yang saya telah tekankan disini ya?..


Apa yang boleh saya perkatakan disini ialah masa itu emas jika anda adalah seorang yang bergelar bujang!..Dan dalam erti kata lainnya kamu tidak harus mensia-siakan masa yang ada pada diri kamu..Untuk seketika dalam sedar ataupun tidak jika kamu menjalinkan perhubungan dengan suami/isteri orang,kamu sebenarnya telah menghabiskan masa selama mungkin beberapa tahun untuk menantikan sebuah ikatan yang palsu..Apabila anda tersedar yang sebenarnya anda terjerat dan anda merasakan yang diri anda hanyalah satu tempat untuk si dia menumpang kasih sayang,ianya sudah terlambat kerana usia kamu sendiri telah meningkat..Pasti anda akan merasakan yang anda telah mempersia-siakan zaman muda anda..

Jadi apa persepsi anda kini terhadap  cinta ‘test market’ ini?..Adakah anda pernah mengalaminya atau sedang mengalaminya?..Atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil ‘one night stand’..Saya mendoakan anda tidak akan menemui cinta jenis ini kerana cinta yang berlandaskan test market ini lebih bersifat sementara..Membahagiakan pada awalannya dan menghancurkan perasaan pada akhirannya..

No comments:

Post a Comment