Thursday 2 June 2011

PROLOG PELAMIN SYURGA

            Assalamualaikum semuanya..Pertama sekali saya nak ucapkan selamat datang ke blog PELAMIN SYURGA yang baru aku buat ini..Saya tak mahu memperkatakan mengenai keistimewaan PELAMIN SYURGA dari blog-blog yang ada kini sepertimana yang kalian semua dapat lihat..Tapi saya nak bawa kalian semua ke dimensi baru yang segala-galanya berkaitan cinta,cita,sayang,keluarga,agama,konflik,seks,sosial,masalah,tragedi yang boleh saya katakan sebagai satu era buat saya untuk berkongsi segala ilmu mengenai kehidupan dan perhubungan..

            Untuk makluman sebelum ini saya telah mempunyai sebuah blog yang saya terpaksa rahsiakan namanya tetapi sekadar blog picisan sahaja..Jadi saya telah mewujudkan blog ini untuk tatapan kalian semua yang mana bagi saya perkara atau isunya lebih subjektif dan terperinci dan sesuai untuk semua golongan..Pada blog saya yang lalu,saya tidak cuba untuk kelihatan agak subjektif isunya tetapi bersifat pukul rata tetapi apa yang saya dapati seperti tiada kepuasan disana kerana kurangnya ilmu untuk saya kongsikan bersama pembaca..Blog saya yang lepas lebih snatai dengan menggunakan “aku & korang” tetapi dalam PELAMIN SYURGA,saya cuba untuk menggunakan saya dan kalian supaya saya dapat menarik pembaca dalam golongan yang berusia..Bukan hanya sekadar menarik perhatian golongan muda..Tetapi masih bersifat santai..

            Saya mulakan dengan bismillahirrahmannirahim dengan entri pertama ini yang lebih kepada perkenalan untuk kalian semua..Saya sangat mengharapkan kalian dapat menerima kewujudan blog ini sepertimana blog saya yang lepas..Dan yang paling penting ialah fokus dimana saya mahu blog ini menjadi sebuah pedoman dodalam kehidupan seharian kita semua..Selamat datang pada semua dan untuk makluman juga blog ini masih dalam proses penambah baikan..Segala kekurangan amat dikesali..Selamat datang sekali lagi..Dan yang terakhir yang saya amat perlukan ialah tindak balas atau respond dari kalian semua agar saya dapat memperbetulkan kesilapan saya untuk menjadikan PELAMIN SYURGA menjadi semakin baik..

             Kalian juga dapat berkongsi pengalaman kalian didalam sebarang konflik perhubungan,diri  atau keluarga untuk kita sama-sama jadikan iktibar dan pengajaran..Atau mugkin juga untuk meminta sebarang khidmat nasihat..Kalian boleh emailkan sebarang perkongsian cerita kalian ke email : elsyme_ell@yahoo.com

No comments:

Post a Comment