Monday 6 June 2011

TABOO MENGENAI ANDARTU & ALIF BA TA

Andartu atau bujang terlajak selalu menjadi suatu perkara yang agak taboo didalam masyarakat kita..Baik yang dari bangsa Melayu,Cina dan juga India pasti kita akan berhadapan dengan segala macam tanggapan yang negatif..Sehinggakan anda pasti pernah mendengar akan cerita-cerita yang dianggap syirik  samaada individu yang lambat berkahwin itu perlu mandi bunga atau menaikkan seri wajah supaya menjadi daya penarik dimata setiap orang..Dan bahasa yang lebih kejam lagi adalah membuang sial yang ada dalam diri..Inilah permasalahan yang bermain dari golongan yang lambat berkahwin..

Siapa yang tidak mahu berkahwin bukan?..Setiap manusia yang punya hati pasti inginkan dibelai dan dimanja dengan penuh kasih sayang..Tetapi permasalahan yang sering terjadi kepada masyarakat kita sangat memberatkan bagi  golongan lambat berkahwin ini,yang mana selalu memberikan tekanan..Sedikit sebanyak ini akan menimbulkan kesan jangka panjang seperti tekanan emosi,kurang keyakinan,malu berdepan masyarakat dan sebagainya..Soalan yang sering ditanyakan pasti seperti ini,sebagai contoh,”Bila nak berkahwin?”..”Belum jumpa pasangan lagi?”..Dan jawapan yang sering diberikan sudah pasti adalah “Jodoh tidak sampai lagi”..Ini belum lagi diambil kira tentang cemuhan yang sering dilemparkan pada golongan ini..

Ada pula yang mempertikaikan yang mana pada alaf ini,individu yang lambat berkahwin adalah satu perkara yang biasa dilihat..Seiring dengan pencapaian dari segi akademik masyarakat kini..Tetapi perlu juga saya tekankan disini yang mana,purata umur pasangan yang berkahwin pada zaman ini lebih menjurus diantara umur 21 ke 25 tahun..Jadi bagaimana pula dengan yang berumur 26 tahun keatas?..Cuba fikirkan sebentar bagaimana perasaan mereka ini..Bukan semua dari kita dapat menerima kenyataan itu..Pasti didalam fikiran akan terdetik siapalah jodoh aku?..Bila aku boleh berkahwin?..Jelas bukan bagaimana perasaan mereka yang bergelar andartu dan bujang terlajak ini?..

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Pada hemat saya,jika anda berada didalam 2 kategori diatas pastikan anda menerimanya dengan tabah dan redha..Pasti ada sebab musabab kenapa Tuhan tidak menemukan jodoh buat anda..Pasti ada rahmat yang lebih dari sebuah perhubungan buat anda..Sesungguhnya segala apa yang dirancang Allah tidak diketahui oleh hambaNya..Ketahuilah yang mana walaupun anda tidak menemui jodoh anda tetapi anda masih mempunyai keluarga dan rakan-rakan disekeliling anda yang sangat menyayangi anda dengan penuh keikhlasan..Anda sebagai masyarakat sekeliling pula apa tanggungjawabnya?..Adakah terus menerus memberikan persepsi yang tidak baik terhadap golongan ini atau memberikan sokongan moral kepada mereka?..Tepuk dada tanyalah selera..Sebelum apa sekalipun yang akan anda lakukan,cuba nilaikan jika anda berada dikedudukan golongan lambat berkahwin ini..Saya akhiri dengan sebuah kata-kata pujangga dari Dale Carnagie..

*Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan*

No comments:

Post a Comment