Sunday 5 June 2011

5 CARA MELIHAT PASANGAN BERALIH ARAH


Untuk entri kedua saya kali ini saya akan memberikan sedikit tips kepada kalian semua mengenai cara bagaimana kita mahu melihat yang pasangan kita curang..Kadangkala cinta kita terhadap pasangan yang tak berbelah bahagi hanya bertepuk sebelah tangan..Kita sahaja yang nampak beria-ia mahukan perhubungan itu kearah yang lebih sirius dan sehingga kejinjang pelamin tetapi pasangan kita?..Jauh panggang dari api bukan?..

Kebarangkalian semua ini tidak akan terjadi kepada pasangan yang baru bercinta ya?..Selalunya perkara yang saya akan nyatakan dibawah akan membabitkan pasangan yang telah genap setahun perhubungan..Tetapi ada juga yang berlaku dalam kes-kes tertentu yang semua ini terjadi pada hanya beberapa bulan sahaja..Apa yang kita dapat lihat mengenai perubahan hati pasangan kita ialah apabila:

1.       Selalu dalam perasaan marah
Pada pandangan saya ini adalah salah satu cubaan (trick) dimana pasangan anda akan cuba sedaya upaya untuk menidakkan lagi perhubungan dengan anda..Apa jua kesalahan anda walaupun hanyalah kesalahan kecil akan membangkitkan kemarahannya..Apatah lagi apabila anda melakukan kesalahan yang besar..Pasti pasangan anda akan marah ibarat gunung berapi yang meletus dan seboleh mungkin akan memutuskan perhubungan dengan anda..

2.       Perubahan sikap yang ketara
Jika satu ketika dahulu anda ditatang bagai minyak yang penuh tetapi tidak lagi kini..Anda bagaikan kain buruk yang dijadikan pengelap kaki sahaja..Ini adalah salah satu bentuk perubahan yang jelas lagi ketara yang bakal anda lihat iaitu perubahan sikapnya..Sesekali cuba anda perhatikan perubahan dirinya..Jika pada masa dahulu segala apa yang anda bicarakan samaada apabila berjumpa ataupun ditelefon menjadi perhatiannya tetapi kini segala-galanya ingin disegerakan dan secepat mungkin juga pasangan anda ingin memutuskan panggilan telefon atau ingin pulang..Berhati-hati jika anda berhadapan dengan perkara ini..Kebiasaannya apabila perkara ini berlaku ada sesuatu atau orang lain yang berada difikiran dan hatinya..

3.       Semakin hari semakin jauh dirasakan
Perkara ketiga ini haruslah diberi perhatian sirius jika ada berlaku pada anda dimana jika dahulu,setipa hujung minggu atau hari-hari cuti umum,pasangan anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bertemu dengan anda..Alih-alih ketika ini seperti mahu mengelak dari berjumpa dengan anda..Jika sekali dua perkara ini berlaku mungkin anda dapat menerima tetapi jika pada setiap hujung minggu ini berlaku maka kalian haruslah mengesyaki sesuatu yang berlainan telah berlaku yang mana minatnya terhadap anda telah beralih pada seseorang yang lain..Semakin hari semakin jauh dirasakan..

4.       Malas untuk mengangkat telefon
Pada peringkat awalan bercinta,talian pasti diangkat tidak sampai 10 saat pun dan pasangan anda senantiasa mengatakan yang beliau berindui anda..Segalanya nampak indah dan senario akan berubah menjadi sebaliknya apabila pasangan anda tidak mahu mengangkat telefon dan jika diangkat sekalipun dan anda bertanyakan mengapa pasti pasangan anda akan memberikan pelbagai alasan yang tidak masuk akal..Sesekali cuba anda fikirkan kenapa ya?..

5.       Tiada lagi perkataan ya keluar dari mulutnya
Ahh..Apa lagi yang dapat anda perkatakan apabila tiada lagi perkataan mahupun sokongan dalam setiap apa yang anda perkatakan..Segalanya bagai dibangkang habis-habisan..Segalanya bagai tidak lagi seiring dengan dirinya..Segalanya bagai tidak lagi sejalan dengannya..Jika semua ini berlaku maka haruslah kalian mencari pasangan yang lain..Kerana apa?..Kerana berpasangan itu haruslah dalam suasana yang harmoni dan tidak segala-gala apa yang kita perkatakan itu tidak ada kebenarannya..


5 perkara diatas adalah 5 perkara yang anda harus pertimbangkan jika anda tidak lagi memiliki perhubungan yang romantis dan bahagia..Selain itu perlu diingatkan banyak lagi faktor yang dapat anda lihat yang pasangan anda tidak lagi inginkan komitimen bersama anda..Ingatlah selalu yang Jika kamu masih cinta pada pasanganmu..Jika kamu masih sayang pada pasanganmu..Jika Kamu masih suka pada pasanganmu..Jika kamu masih mahu pasangan anda tetap berada disisimu..Maka berubahlah menjadi lebih baik dari yang sekarang...

2 comments:

  1. grrr...takut mende2 ni jadi

    ReplyDelete
  2. Kalau gadis ada perasaan takut maka berilah segala rasa sayang dan cinta yang ada tetapi jangan secara berlebihan ya?..Segala apa yang kita berikan haruslah ada landasannya..

    ReplyDelete