Sunday 14 August 2011

8 TEKNIK PANDUAN PELAMIN DAN BUSANA


            Setelah mengikat tali pertunangan kedua belah,keluarga si teruna dan dara telah menetapkan tempoh tertentu untuk anak kesayangan mereka disatukan..Begitu juga saya yang telah diberi tempoh selama 1 tahun untuk melakukan persiapan sebelum menempuh kehidupan sebagai suami isteri..Kini hanya tinggal sekitar 3 bulan sahaja lelaki untuk saya bergelar bujangan..hihihi..Untuk pengetahuan semua,tali pertunangan ini sebenarnya  lebih praktikal kepada masa atau ruang untuk kita melihat sejauh mana keserasian diantara kedua-dua teruna dan dara..Ada sesetengah tali pertunangan dapat kita lihat bersama hanya separuh jalan sahaja dan ada sesetengah pula berakhir sehingga ke jinjang pelamin..

           Pokok kata masa inilah kita melihat samaada kita mampu untuk hidup bersama ataupun tidak sebelum melangkah  lebih jauh..Bijak juga orang dulu dulu kerana mereka tidak mahu berlakunya penceraian..Oleh itu sebagai alternatif,bertunang dijadikan sebagai satu tempoh percubaan..Cukup sekadar itu sahaja mengenai pertunangan..Saya ingin memperkatakan mengenai senarai semak pelamin dan busana perkahwinan pula kali ini..

           Perasaan bakal pengantin sudah pasti menjadi kusut ketika memikirkan majlis perkahwinan yang semakin hampir..Lebih gundah apabila memikirkan tema persalinan yang bakali dipakai dan singgahsana pelamin,tidak mengira pangkat ataupun darjat,masing-masing menginginkan yang teristimewa pada hari bahagia nanti..Janganlah rasa panik kerana setiap masalah ada penyelesaiannya..Kepada setiap bakal pengantin ,ikuti 8 bentuk panduan dan perancangan awal untuk membuatkan persiapan anda menjadi lancar..



PELAMIN IMPIAN

  • Pelamin merupakan singgahsana yang menjadi kewajipan setiap kali majlis menpung tawar dan mempelai mengabadikan foto kenangan di hari bahagia..Jadi buat persiapan dengan menempah pelamin seawal mungkin iaitu 12 – 6 bulan sebelum tarikh berlangsungnya majlis..


  • Bertemu dengan perancang perkahwinan atau pergi sendiri ke mana-mana kedai andaman dan pembuat pelamin..Bincangkan konsep dan tema pelamin..


  • Pastikan tema warna pelamin tidak sama dengan persalinan yang bakal dipakai bagi mengelakkan pertindihan warna..Sebagai contoh,jika pelamin anda berwarna merah lebih baik memilih pakaian dari warna yang berbeza seperti putih..Oleh itu akan kelihat kombinasi warna yang menyerlah disitu..


  • Pilih pelamin yang sesuai dengan tempat yang dipilih untuk mengadakan majlis perkahwinan..Pastikan ruang untuk membuat pelamin tidak begitu sempit bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan dan memudahkan ahli keluarga dan para tetamu untuk menepung tawar selain memberikan keselesaan kepada diri pengantin iaitu diri anda sendiri..


  • Jika boleh pilih sudut atau ruang yang terasing dari tempat meja santapan tetamu dan mempelai supaya tidak menganggu laluan ke pelamin..


  • Jika pelamin didekorasikan dengan bunga segar,elakkan ia dipasang terlalu awal dan lebih baik jika pelamin dipasang didewan ataupun rumah untuk mengelakkan bunga dari cepat layu dan kusam..


  • Pilih kerusi pelamin yang selesa untuk diduduki bukan hanya cantik dipandang  kerana tempoh untuk pengantin duduk di pelamin semasa hari bahagia agak lama..Jika boleh pilih kerusi yang single iaitu satu pengantin perempuan dan satu pengantin lelaki supaya ia tidak nampak tenggelam apabila anda duduk..


  • Pemilihan pelamin juga haruslah tidak terlalu sarat dengan pelbagai hiasan..Lebih baik jika ia hanya dihiaskan seringkas mungkin kerana pelamin yang terlalu sarat akan menenggelamkan pasangan mempelai di mata paratetamu..


Gambar ehsan dari :


No comments:

Post a Comment