Monday 15 August 2011

SAYA,KOMUNITI GILA BLOG & BLOGGER PERAK


           
             Pertama kali saya muncul didalam dunia blog ini,saya sangat naif serta daif tentang semuanya..Belajar sedikit demi sedikit dan kemudian memahami apa kehendak bentuk penulisan saya dari hari ke sehari..Sudah lama agaknya kenalan kenalan blog yang lain tidak mengetahui tentang perkembangan saya..Dan mungkin juga telah dilupakan..Tetapi tidak mengapa kerana saya sedikit pun tidak kecil hati apatah lagi terasa dipinggirkan..Cukup sekadar saya melihat dari jauh perkembangan kenalan-kenalan blogger yang lain..Dan yang paling utama,saya tidak mahu lagi menggunakan ayat blogger dahulu kala yang boleh saya katakan sebagai turun temurun iaitu “siapalah saya ini,hanya blogger picisan”..Walau sejauh mana saya ditinggalkan dan selambat mana saya bertatih,saya cuba melakukan yang terbaik untuk kepuasan penulisan saya dan semua orang..

            Walaupun agak lama saya tinggalkan dunia blog ini tetapi saya tetap mengambil tahu perkembangan komuniti-komuniti yang ada didalam dunia blog ini seperti Komuniti Gila Blog yang saya asaskan satu ketika dahulu dan Blogger Perak yang sangat saya hormati kerana ahlinya yang sangat aktif..Saya masih ingat lagi pada satu ketika,ketika saya mengasaskan Komuniti Gila Blog ahlinya cuma dikalangan rakan-rakan blogger yang saya kenali sejak dari persekolahan lagi..Pada masa itu seingat saya,ahlinya cuma ada sekitar 8 orang sahaja..Sedikit demi sedikit ianya bertambah dan terus bertambah sehingga ke hari ini..

            Apa yang  saya harapkan ialah komuniti ini akan mampu bertahan sampai bila-bila dan akan mengadakan gathering julung kalinya suatu hari nanti..Apa pun saya harus mengucapkan tahniah kepada Puteri Katek kerana beliaulah yang banyak memberikan semangat walaupun ketika ketiadaan saya sekitar beberapa bulan..Begitu juga dengan admin-admin lain yang banyak memberikan bantuan dari segi pentadbiran tanpa rasa jemu..

            Itu mengenai  Komuniti Gila Blog..Bagaimana pula dengan Blogger Perak?..Blogger Perak ini pada pendapat saya sebuah komuniti blog yang aktif dalam perjumpaannya..Ahli-ahlinya juga sangat baik hati dan peramah walau pertama kali berjumpa..Pada ahli Blogger Perak masihkah kalian ingat bagaimana gathering pertama saya bersama kalian di Gunung Lang?..Masihkah kalian mengenali diri saya yang pemalu ini?..Hahaha..Pada ketika itu seingat saya yang hadir hanya sekitar 20 orang ahli sahaja.. Saya harapkan kalian tidak melupakan saya walaupun saya kini lebih mendiamkan diri dari menghadiri mana-mana perjumpaan..Di perjumpaan pertama Blogger Perak jugalah,saya mengetahui hakikat dunia blog yang sebenar..



            Tahniah Blogger Perak kerana berjaya menyedarkan saya tentang hakikat yang satu ini..Kepada anda semua yang baru berjinak-jinak didalam dunia blog ini,ini saranan dan nasihat saya..Apabila anda melihatkan diri anda kini mempunyai ramai pengikut dan telah agak berjaya,jangan sesekali anda besar diri kerana masih ada lagi blogger yang lebih hebat dari anda tetapi sangat merendah diri dan dalam diam-diam berisi..Inilah yang kita semua sebagai blogger mahukan..

            Dunia blog kelihatan indah dan menyeronokkan tetapi sebenarnya ianya sebuah dunia yang penuh dengan pancaroba dimana apa yang penting adalah keikhlasan dalam kita memperkatakan sesuatu perkara,niat dalam memberikan ilmu dan jatuh bangun seorang penulis..Apa sekalipun yang berlaku lakukanlah kerana anda meminati bidang penulisan dan bukan hanya sekadar mengikuti trend dan rakan-rakan..                                                                                                          

             Menulis itu satu perjuangan..Menulis itu satu pelajaran..Menulis itu satu perkembangan..Jika sihat yang diberikan,insyaAllah pahala balasannya dan jika sebaliknya ,anda hanya seorang yang sama seperti pendusta..Doa saya moga kedua-dua komuniti ini akan melangkah lebih jauh dan menjadi sebuah komuniti yang sihat..Walau berapa banyak sekalipun komuniti yang wujud kini,kalian hanya perlu ingat yang kita adalah satu..BLOGGER!..Oleh itu apakah sesuatu yang penting siapakah saya ini?


No comments:

Post a Comment