Saturday 13 August 2011

MENCEGAH KULIT BERKEDUT


           Kalau dahulu hanya kaum wanita sahaja yang risaukan tentang kulit wajah mereka yang berkedut,tetapi kini lelaki pun nampaknya turut sama memberikan perhatian kepada aspek kedutan diwajah ini..Lihatlah zaman sekarang,terdapat ramai kaum lelaki yang mengunjungi salon-salon kecantikan untuk merawat wajah mereka..Lelaki jenis ini dipanggil metroseksual..Saya?..Tidak sama sekali..hihihi..

           Tetapi kalau perihal yang berkaitan dengan kedutan pada kulit wajah,ianya adalah kejadian alam yang tidak boleh dihalang oleh sesiapa pun..Semakin meningkat usia kita,bermakna risiko kedutan semakin tinggi..Jadi antara langkah-langkah yang boleh kita lakukan untuk mngelakkan kedutan diwajah ialah rawatlah ia dengan sebaik-baiknya..Perlu disedari juga bahawa,apabila kulit wajah kita sudah mulai berkedut adalah agak sukar untuk kita memulihnya walaupun terdapat kaedah rawatan masakini seperti suntikan vitamin dan pembedahan tetapi semua ini hanyalah untuk pada jangka masa pendek sahaja..Dimana selepas itu akan terjadi kembali proses kedutan diwajah..

           Antara langkah-langkah yang paling terbaik untuk mengelakkan kedutan diwajah yang selalu diperkatakan didalam majalah-majalah ialah menghindari dari terkena cahaya matahari dalam tempoh yang lama..Selain dari itu tahukah anda,terdapat beberapa perkara lagi yang boleh kita hindari bagi mengelakkan kulit wajah kita berkedut?..Antara keadaan yang selalu kita semua hadapi dan perlu dihindari ialah:

Tidur terlentang:

Percaya ataupun tidak,cara seseorang itu tidur juga sebenarnya mempengaruhi timbulnya kedutan pada kulit wajah..Menurut beberapa kajian yang dilakukan oleh pengkaji,tidur dengan cara meniarap serta membenamkan wajah pada bantal boleh menyebabkan pipi dan dahi seseorang itu berkerut..Perihal ini diumpamakan sama dengan seseorang itu melipat baju dan dibiarkan didalam almari selama satu malam..Lama kelamaan baju tersebut akan berkedut..Jadi untuk mencegah dari berlakunya kedutan caranya mudah sahaja..Saya menyarankan agar anda mengubah cara tidur tersebut kepada cara terlentang..Ataupun kalau anda tidur secara mengiring,gunakan sarung bantal yang diperbuat dari kain satin kerana kain satin jenis ini boleh menghalang daripada wujudnya kerutan pada wajah kamu..

         Jadi apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah cuba praktikkan tips tersebut..Ingat mencegah adalah lebih baik daripada merawat..Lagipun untuk merawat kedutan diwajah bukanlah satu kerja yang mudah..Selamat mencuba!..

No comments:

Post a Comment