Sebelum saya bercakap lebih jauh,saya ingin bertanyakan kepada anda semua..Yang mana satu anda akan pilih dahulu,ilmu seks rumahtangga atau ilmu agama yang penuh didada ataupun kedua-duanya sekali?.. Sila beri jawapan anda dibahagian komen dibawah..Baiklah,dalam institusi rumahtangga adalah menjadi satu asas buat diri kita untuk menegakkan sebuah rumah yang berlandaskan Islam secara keseluruhan..Baik dari segi peranan mahupun disiplin sebagai seorang yang beragama Islam kerana apabila anda mendirikan rumahtangga,peranan dan contoh yang anda lakukan akan mencerminkan secara keseluruhan kepada keturunan anda iaitu anak-anak anda..
Oleh kerana itu sebelum anda mendirikan rumahtangga,baik anda seorang lelaki mahupun seorang perempuan ,anda haruslah melengkapkan diri anda terlebih dahulu dengan amalan dan ilmu rumahtangga berlandaskan Islam dahulu..Tidak hanya sekadar menyimpan duit sebelum dan selepas berkahwin dan juga menyediakan tempat tinggal untuk berhadapan dengan perkahwinan..Apa yang saya dapat lihat kini sebelum mendirikan rumahtangga ialah kebanyakan dari kita semua hanya melebihkan kepada sesi pembelajaran seks..Bayangkan apa yang akan terjadi kepada sesebuah institusi kekeluargaan jika kita melebihkan sesuatu yang bersifat duniawi..Saya juga tidak mengatakan yang ilmu seks rumahtangga itu sesuatu yang tidak penting..Ketahuilah yang mana Allah tidak pernah menghalang kita mengejar duniawi tetapi Allah juga menghendaki kita mengimbanginya dengan ilmu agama..
Seks pada dasarnya adalah satu keperluan untuk kita pelajari kerana ianya adalah satu pelengkap didalam ikatan kasih sayang tetapi agama adalah kewajipan yang harus kita semua praktikkan demi jaminan sebuah kehidupan yang penuh keberkatan..Siapa yang tidak mahukan seks?..Setiap dari manusia inginkannya..Begitu juga saya..hahaha..Suka saya untuk memperingatkan yang apabila kita melakukan perhubungan seks bersama si isteri sekalipun,terdapat tatatertib didalam Islam seperti memberi salam,berdoa dan lain-lain lagi..Bukan hanya sekadar seperti yang kita semua bayangkan ya?..Itu dari segi Islam..Bayangkan tingginya nilai ilmu agama Islam itu sendiri..Segala perbuatan ada doa dan tatatertib..Indahnya bukan?..
Disinilah kelemahan umat Islam akhir zaman jelas kelihatan yang mana kehidupannya sebagai umat Islam sekadar nama Islam itu sahaja..Hanya sekadar mengesahkan akidah..Apa yang lebih penting di benak fikiran hanyalah apa yang dihidangkan,yang lebih sesuai dipanggil syurga duniawi..Kerana itulah diakhir zaman,jangan bermimpi hendak menegakkan agama dan negara,hendak menegakkan Islam pada peribadi sendiri juga keluarga amat jauh sekali..Tidakkah sesuatu yang indah apabila wujudnya suasana ibadah dengan seluruh ahli keluarga kita semua berakhlak mulia?..Tidakkah anda mahukan sebuah keluarga yang sebegini rupa?..
Perkahwinan bukan hanya sekadar kita mengakui keislaman diri kita tetapi ia memerlukan kefahaman mengenai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai agama..Bukan hanya sekadar pasangan suami isteri yang bercita-cita mahu memenuhi rumahtangga dengan ciri-ciri Islam tetapi gagal melaksanakan angan-angan tersebut..Si suami perlulah mampu untuk menjadi imam semasa solat,mampu menunjuk ajar dan memberi penjelasan jika terdapat sebarang keraguan mengenai ilmu agama..Si isteri pula mampu memahami pemikiran si suami,mendidik dengan lemah lembut serta sabar melaksana dan membantu mendidik keluarga..Begitu juga dengan anak-anak yang terlahir mampu meneladani segala kebaikan dari kedua ibu bapanya..
Sebenarnya perkara seperti inilah yang harus diberi perhatian terlebih dahulu sebelum anda semua memikirkannya dengan lebih jauh seperti ilmu seks rumahtangga..Takut-takut nanti cita-cita dua merpati sejoli setelah mendirikan rumahtangga hanya sekadar angan-angan sehingga ke tua..Seks adalah perkara kedua tetapi ilmu agamanya terletak ditempat yang pertama..Itu yang paling terbaik pada pendapat saya..Bagaimana dengan anda?..Mungkin kini mampu untuk mengubah fikiran jika anda telah memilih ditempat pertama..Seks?..Itu hanya sebuah pelengkap dari pelengkap yang terutama..
No comments:
Post a Comment