Sunday 14 August 2011

SEMPURNAKAN ADEGAN DIRANJANG BAB 2


             Saya tidak dapat memastikan sama ada dikalangan pembaca blog saya ini adalah dikalangan golongan bujang,yang baru mahu berkahwin ataupun yang telah berumahtangga..Tetapi apa yang saya dapat jangkakan ramai yang bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi ataupun pada masa akan datang..Apa sekalipun ini hanyalah sebagai satu pendidikan rumahtangga..

            Saat-saat indah bersama pasangan haruslah menjadi kenangan paling manis dalam kehidupan kita..Baik diluar rumah,didalam rumah mahupun diranjang..Waktu bersama itu haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin agar anda mampu memahami kehendak pasangan anda..Harus diingatkan yang kemungkinan anda akan mendapat seorang pasangan yang malu untuk memperkatakan kehendak dirinya..Jadi menjadi tugas anda untuk memahami bahasa tubuhnya ketika diranjang nanti..Antaranya:

BERTINDAK DENGAN PERLAHAN TETAPI BERKESAN

            Pernahkah anda berasa anda bertindak terlalu cepat sehingga membuatkan si dia menganggap anda seorang yang rakus dan beraksi dalam keadaan yang tidak sepatutnya?..Seperti anda sentiasa menelan air liur ketika isteri baru sahaja keluar dari bilik mandi?

HINDARI: Sesekali tidak salah jika anda bersabar dalam menahan godaan dan biar dia sendiri yang tertanya-tanya tindakan anda tatkala melihat si dia dalam keadaan yang mengghairahkan..Seperti ketika melihat kaki jinjang miliknya yang mulus..

CADANGAN: Ketika sedang menonton televisyen atau makan,beri klu sahaja pada si dia seperti menggesel lutut tetapi dalam masa yang sama cuba jual mahal..Biar dia sahaja yang terpaksa berperang dengan perasaan..Jika anda masih utuh,hatinya makin tidak tentu arah,ghairah dia bakal memuncak dan anda berdua pasti melalui memori yang terindah dalam diari hidup..

MEMAHAMI ISYARAT DAN BAHASA TUBUH

            Sebagai seorang isteri yang prihatin,mereka malu untuk mengungkapkan apa-apa yang sebenarnya mereka inginkan di ranjang..Namun jika anda prihatin,anda akan tahu yang diinginkan oleh mereka berdasarkan bahasa tubuh..

HINDARI: Lupa dan buat-buat tidak tahu sedangkan isteri bermati-matian berusaha untuk memenangi hati anda..Contoh,dengan memasak masakan istimewa serta melayan anda lain dari yang lain..

CADANGAN: Apabila berada disampingnya,cuba memberi tindak balas yang sepatutnya,cuba peka dengan isyarat badan seperti jelingan matanya,tangannya diletakkan dimana dan mungkin selepas ini,anda sendiri yang akan memberitahu dia segala-galanya..

Ikuti sambungan seterusnya..

No comments:

Post a Comment